Selasa, 31 Disember 2013

DIARY SEORANG WANITA :


Aku bangun dari tidur.. aku nampak seorang wanita tua duduk di atas kerusi sambil melipat kain sapu tangannya.. aku tertanya sendiri , dimana aku sekarang ? wanita tua itu memandang aku lalu melemparkan senyuman manisnya.. wanita tua itu datang menghampiri aku.. "irah dah bangun.. irah ok x ni..? sakit kepala tak..??" wanita tua itu bertanya kepada aku sambil mengukirkan senyuman.. "irah ok je ni.. dekat mana ni??" aku tanya kepada wanita tua itu.. "kita dekat hospital kolumpo(kuala lumpur) ni.. kamu sakit.. opah jaga kamu.. mak kamu sakit , kamu pon sakit.." wanita tua itu menjelaskan.. oh..!! dia opah aku.. gembira aku rasa , doktor dan nurse datang merawat dan ambil cacatan.. aku merasakan seperti baru sedar dari tidur yang sangat lena.. apabila doktor dan nurse beredar aku sambung berbual bersama opah..

opah : kamu sakit.. kamu koma dah nak dekat sebulan dah..
aku : uh?? dah lama ke irah kat sini?
opah : yela..lama laa.. opah yang jaga kamu.. kamu dari hospital teluk intan kamu koma.. lepas tu hospital teluk intan dah tak boleh buat apa-apa lagi dekat kamu pihak hospital hantar kamu dekat hospital ipoh.. ipoh pon dah tak boleh buat apa-apa dekat kamu,hospital ipoh terpaksa hantar kamu dekat HKL kuala lumpur.. 
aku : ooooo..... macam tu..


selang beberapa hari lepas tu aku di izinkan untuk pulang ke rumah.. aku seronok.. seronok sangat.. setiba aku di kampung halaman aku , kampung gajah, perak.. aku di hantarkan di rumah opah aku.. pada mula nya aku menyangkakan bahawa rumah itu adalah rumah aku , rupanya tidak.. itu adalah rumah opah.. aku hairan kenapa aku tidak dihantarkan ke rumah.. tetapi aku biarkan sahaja.. 

dalam beberapa minggu kemudian , ingatan aku semakin pulih.. sebenarnya aku mengalami masalah hilang ingatan akibat berpunca dari masalah darah beku yang terkumpul di bahagian otak.. aku disahkan koma dan hilang ingatan.. perkara ini berlaku adalah kerana aku menerima darah dari pihak hospital , aku menghidapi masalah kekurangan darah tahap kritikal.. doktor pernah mengatakan bahawa tindakan membawa aku ke hospital adalah sangat tepat kerana tahap darah yang aku miliki adalah tahap merbahaya , dan sekiranya aku lambat dihantarkan ke hospital berkemungkinan besar aku tiada lagi di dunia ini..


pada suatu hari , hati ku tergerak untuk menghubungi emak , aku mencapai telefon aku dan menghubungi emak..

aku : assalamualaikum emak.. :)
emak : waalaikumussalam.. ye..??
aku : mak macam mana ?? sihat ??
emak : hmmmm... entah la irah.. emak pon dah tak larat nak jalan.. badan sakit-sakit.. doa-doa la untuk mak , supaya emak sihat , larat sikit nak buat kerja..
aku : hehehehe...alololoooo... mak nie..sabar laa... nanti ok la tu...
emak : irah... mak mintak maaf.. kalau mak ade buat buat silap kat irah..
aku : uh??? eh mak ni... takde la... mak tak pernah pun buat silap kat irah..mak baik sangat dekat irah.. irah seronok dengan mak.. tak payah la nak mintak maaf..
mak : tak apa laa.... maafkan mak ye irah.. halalkan semua yang irah pernah bagi dekat mak..
aku : hehehehe... yela2... irah maafkan.. irah pon nak mintak maaf jugak kalau irah ade buat salah dekat mak..halalkan semua pemberian mak.. ok???
mak : hehehehehehe... okey..okey...maaf maafkan....
aku : okey lah mak.. nanti irah call lagi taw.. sayang mak.. sayang mak sangat-sangat.. 
mak : hehehehehe... mak sayang kat irah jugak..
aku : hehehehe... yay..!! hehehe.... i love you...
mak : hehehehe.. i love you tooooo.....
aku : okey.. bye-bye.. assalamualaikum...
mak : waalaikumussalam...


selang beberapa hari kemudian.. aku yang baharu sahaja terjaga dari tidur sesupupu aku bertanya.. 

sepupu : hoi irah... kamu nak ikot aku tak pergi rumah kamu tak??
aku : uh??? ko nak pegi umah aku ke?? nak..!!! nak...!!
sepupu : haaa.... kalau kamu nak ikot pergi mandi cepat.. kak Aminah dengan mak ngah dah siap.. kamu je yang tak siap lagi... pergi mandi cepat..
aku : ok...!!! hehehehehe....


selesai mandi aku memakai baju T-shirt , tiba di kereta aku berasa pelik... "kenapa pakai baju kurung??ade orang kawin ke??" aku tanya kepada sepupu aku.. "a'ah..ade orang kawin..dah3...!!!cepat masuk kereta..nanti lambat.."sepupu aku menipu demi menjaga hati aku.. tiba di perkarangan rumah aku , aku terlihat 2 buah kemah dipasang... aku kehairanan... aku berkata dalam hati "dia orang nak sambut aku balik rumah sampai buat kenduri??? wow...!! famous ni... hahahaha..." tiba di bawah bumbung rumah aku.. aku berasa pelik..tetamu yang hadir duduk sopan dan menangis..kakak aku datang ke arah aku dengan mata yang merah dan memeluk aku.. aku hairan.. apa yang sedih sangat sampai menangis??? aku mula mahu menyiasat... secara tiba-tiba aku nampak seorang wanita tua menyelak langsir lantas aku terlihat emak sedang baring diatas meja mandi mayat... Ya Allah... adakah benar apa yang aku lihat?? emak dah meninggal??? aku menangis dan terkejut.. lutut aku berasa seperti tiada tulang seakan-akan aku hendak jatuh.. kakak memimpin aku masuk ke dalam rumah.. aku tahan air mata aku apabila makcik aku melarang aku menangis kerana takut arwah akan sedih melihat anaknya menangis.. 


aku tertidur... apabila sedar dari tidur , semua sudah selesai.. arwah emak sudah dikebumikan.. aku yang masih lagi tidak kuat akibat sakit aku.. aku di pimpin oleh sepupu ku untuk pulang ke rumah opah...

**aku berharap kawan-kawan ku akan mengambil pengajaran didalam cerita kisah sebenar aku ini.. harap kawan-kawan semua dapat menjaga hati ibu bapa kamu dengan baik.. ambillah pengajaran dari kisah aku ini.. jagalah hubungan baik kamu terhadap orang tua mu.. sekian..**